Friday, January 9, 2015

Tahukah Anda Apakah Pekerjaan 10 Orang Artis Ini Sebelum Mereka Jadi Popular?


Melihat selebriti di kaca televisyen kadang-kala membuatkan kita berfikir bahawa mudahnya mereka untuk sampai ke tahap tersebut dan cukup bertuah kerana dapat hidup dalam dunia glamour. Namun pernahkah anda terfikir apa pekerjaan Johan Ashari sebelum bergelar pelakon? 
1. Muka kacak dan badan berketak, Johan Ashari (Botak) pernah bekerja sebagai pembancuh simen. Apa kerja anda sekarang?

2. Antara kegilaan ramai peminat di sini, Aaron Aziz dulu bekerja sebagai jurujual kereta dan juga insurans. Memang laku insurans dia

3. Ning Baizura pernah memberitahu bahawa dia berimpian untuk menjadi cikgu seperti ibunya. Hai cikgu Ning Baizura.

4. Mungkin ramai yang dah tahu, Nabil dahulu adalah seorang mat despatch. Nampak mudah bukan untuk  senang macam sekarang tapi cuba tanya Nabil berapa banyak kali dia mencuba? 

 5. Danny terpaksa tangguh pelajaran dalam bidang kedoktoran kerana terikat dengan komitmen bersama X Factor ketika dulu. Jika tidak, sudah jadi doktor gigi. Kerjaya doktor memang ramai yang hensem ya?

6. Siti Nurhaliza sudah mula menjual kuih ketika berumur 9 tahun? Zaman sekarang 9 tahun adalah masa sesuai untuk main iPad

7. Jika sekarang Remy Ishak masih kerja jual ikan dan ayam di pasar, agak-agak anda pandang pun tidak

8. Hanya gambar Mawi ketika muda kami dapat jumpa. Kurus sungguh

 9. Tiga tahun bekerja sebagai pencuci mesin dan tiga tahun sebagai krew di bahagian bagasi penerbangan tambang murah, akhirnya Jep kini tidak boleh buat orang berhenti ketawa

10. Nora Danish pernah bekerja sebagai pelayan restoran – di kedai kepunyaan ibunya. Memang jadi pelaris kedai jika letak Nora Danish sebagai ‘kakak ambil order’

Apa-apa pun, kejayaan barisan selebriti di atas bukanlah datang bergolek. Nampak senang di luar tapi hiruk pikuk hanya mereka yang tahu.
Jadi di tahun baru ini, mahukah anda makan di restoran yang ada Nora Danish sebagai pelayannya?

Kisah Sebenar Gadis Mat Salih Cantik Bertudung Bekerja Di Kedai Makan (4 GAMBAR)


Chantal Viola, seorang gadis berasal dari Rome, Italy mengejutkan ramai pelanggan di sebuah gerai roti canai di Kedah apabila dia dilihat bertudung dan mengambil pesanan makanan serta turut menebar roti canai.


Chantal bukanlah pekerja sepenuh masa di gerai itu. Chantal sebenarnya sedang mengikuti program pertukaran pelajar dan dia mengambil keputusan untuk membantu jirannya yang berniaga di gerai itu.

"Dengan membantu di gerai roti canai ini, ia adalah cara cepat dan efektif untuk saya belajar bahasa Melayu dan bersama penduduk tempatan. Saya juga suka memakai tudung untuk memudahkan berhubung dengan orang ramai" - kata Chantal Viola.



Sumber Gambar: AFP Antarabangsa Malaysia Kedah


sumber

(3 GAMBAR) Ismail Maembong Dikritik Netizen Berkenaan Aurat Anaknya


RASANYA semua peminat hiburan mengetahui prinsip yang diamalkan oleh bapa pelakon terkenal, Emma Maembong iaitu Ismail Embong yang tidak suka majlis perkahwinan dilakukan besar-besaran.

Ini terbukti apabila pelukis profilik negara terkenal itu lantang mengkritik perihal perkahwinan anaknya iaitu Yaya Maembong dengan Wan Raja pada 12 Disember lalu.

Perkara ini sedikit sebanyak terpalit kepada pelawak terkenal, Zizan Razak yang merupakan kekasih hari kepada Emma Membong.

Kenyataan Zizan Razak dalam sebuah akhbar mengenai jika dia ditakdirkan dia berkahwin dengan Emma, dia bersedia mengadakan majlis secara sederhana namun dalam masa yang sama perlu berlaku adil terhadap peminat-peminatnya yang ingin menyaksikan hari bahagia itu itu juga mengundang perasaan tidak puas hati bapa kekasihnya itu.


Aku mahukan orang milik Allah sahaja dalam keluarga, bukannya milik masyarakat. Mengapa meletakkan diri kita lebih rendah dari itu? Dimiliki masyarakat, bukan Allah?,” soalnya menerusi status di laman Facebook miliknya pada Isnin lalu.

Kenyataan Ismail Embong yang mendakwa anaknya, Emma Maembong hanya milik Allah dan bukan masyarakat mengundang pelbagai kritikan para peminat hiburan.

Rata-rata peminat membidas bapa pelakon terkenal itu dengan mempersoalkan perihal isu ‘aurat’ anak-anak perempuannya.


Malah, ada seorang peminat yang berani mengkritik sikap Ismail Embong yang sepatutnya menitikberatkan perihal didikan agama kepada anak-anaknya dan bukan hanya mengfokuskan soal hukum agama yang semata-mata dikaitkan dengan perkahwinan mewah sahaja.

Meskipun kata-kata peminat itu agak pedas, namun jika difikir-fikirkan apa yang dikatakan ada benarnya.

Walau apa pun, diharap moga salah faham antara Ismail Embong dan Zizan Razak bertemu jalan penyelesaiannya demi menjaga perasaan Emma Maembong sendiri. -mynewshub

PANAS!! Suami Muflis Dan Rumah Mewah Umie Aida Bakal Dilelong Esok?


Bukan selalu haluan politik negara kita tersimpang dengan selebriti dan hari ini portal berita The Rakyat Post ada menulis satu laporan yang mengatakan suami kepada Umie Aida, Khairuddin Abu Hassan yang juga Naib Pengerusi UMNO Batu Kawan kini muflis.

Dokumen mahkamah yang kini sedang hangat diperkatakan oleh blog blog politik menunjukkan yang Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) telah isytiharkan Khairuddin Abu Hassan muflis pada 14 Mei 2014 yang lalu, hari sama Mahkamah Tinggi Pulau Pinang keluarkan arahan serupa.

Khairuddin yang dihubungi media mengakui sedar akan pengisytiharan diri sebagai muflis namun enggan untuk mengulas lanjut dan sedang bekerjasama dengan peguam.

Ekoran perkara ini, sebuah hartanah mewah bernilai RM2.1 juta milik Khairuddin terletak di Mont Kiara yang juga merupakan hadiah perkahwinan buat Umie Aida bakal dilelong pada hari Sabtu ini di Hotel Istana oleh Ng Chan Mau & Co Sdn Bhd & CIMB Islamic.

Khairuddin Abu Hassan bagaimanapun mengakui tidak tahu menahu tentang lelongan itu. (rtky/m)

Thursday, January 8, 2015

10 Perangai Buruk Rakyat Malaysia Yang Kita Buat-Buat Tidak Tahu...!!!

Untuk info, Rakyat Malaysia menduduki tempat ke 34 dari 36 negara yang mempunyai perangai buruk di dunia melalui kajian oleh Reader Digest...

Memetik sumber yang dikongsikan di sebuah blog, berikut dapat kami senaraikan antara sikap dan perangai negatif rakyat Malaysia yang seringkali terjadi dikalangan masyarakat negara ini....


1. Memandu secara melulu & membahaya seperti menukar lorong tanpa memberi lampu isyarat kanan/kiri dan membunyikan hon dengan sewenang-wenangnya hanya kerana ini cepat sampai ke destinasi...


2. Tidak mematuhi papan tanda – Makan di dalam LRT, merokok di kawasan larangan merokok, membuang sampah di merata-rata, serta meletakkkan kereta di zon larangan letak kereta....


3. Merampas tempat letak kereta yang telah ditunggu oleh pemandu kereta yang lain dan parkir di tempat khas untuk golongan OKU...


4. Tidak memberikan tempat duduk kepada mereka yang lebih memerlukan seperti wanita mengandung dan orang tua dalam pengangkutan awam...


5. Tidak membenarkan atau memberi laluan keluar kepada penumpang pengangkutan awam sebelum masuk...


6. Bercakap dengan suara yang kuat di telefon bimbit di tempat awam seperti di pawagam...


7. Tidak menahan pintu terbuka atau pintu lif untuk orang yang masuk selepas mereka....


8. Tidak mengucapkan ‘Terima Kasih’ apabila seseorang melakukan sesuatu yang baik untuk anda...


9. Tabiat buruk seperti meninggalkan troli pasaraya di tempat letak kereta, mencangkung di tandas duduk / mengotorkan tandas awam....


10. Kerap lewat....


SUMBER : http://www.kakishare.com

GEMPAR! Siti Nurhaliza Bongkar Perangai Sebenar Izara Aishah...


Penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza mengakui senang dengan hubungan yang terjalin antara anak suaminya, Adib bersama pelakon cantik, Izara Aishah.

"Sebelum ini saya mengenalinya sebagai selebriti. Apabila dia mula berkawan dengan anak suami dan sering berjumpa, saya melihat dia seorang yang menyenangkan. Tambahan pula dia berasal dari Pulau Pinang, jadi boleh 'ngam' dengan sebelah suami yang berasak dari Kedah.

"Kata orang, keserasian itu ada. Lagi satu, dia sangat 'friendly'. Jadi saya harap dia boleh bimbing Adib untuk jadi insan berjaya. Begitu juga sebaliknya," ujar Siti.

Pada peminat Dato' Siti Nurhaliza yang ingin mengetahui kisah suka duka perjalanan seninya yang sudah menjangkau 20 tahun, jangan lupa dapatkan Media Hiburan terbaru (3 hingga 9 Januari 2015) di pasaran sekarang! - Mediahiburan

Sumbangan Penuh Penghinaan Terhadap Mangsa Banjir Di Kelantan !!! ( 6 GAMBAR )

gambar hiasan

Bantuan yang dihulur tujuannya adalah untuk membantu meringankan beban mangsa di dalam menghadapi musibah, namun janganlah sampai membuat mangsa terasa sangat TER H1NA.Ini lah yang berlaku ramai yang berlumba-lumba untuk menderma kepada mangsa banjir namun ada segelintir yang tidak berperkemanusiaan.








SUMBER : http://hmetroo.blogspot.com